Wednesday 9 September 2015

Habbatus Sauda... Jintan Hitam... Black Seed... Nigella Sativa





Khasiat Dan Nilai Pemakanan Habbatus Sauda , serta soalan kebiasaan mengenai Baraka Habbatus Sauda


Khasiat Habbatus Sauda :

Sejak ribuan tahun dahulu, Nigella Sativa, nama umumnya jintan hitam atau lebih dikenali sebagai Habbatus Sauda, mempunyai ciri perubatan yang dapat meningkatkan sistem ketahanan tubuh. Ia juga dapat mengatasi kepenatan dari aktiviti harian anda.


Tahukah Anda?
1. Apakah khasiat Baraka Habbatus Sauda?
Baraka Habbatus Sauda  adalah produk makanan tambahan yang membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh, sekaligus menjanjikan tahap kesihatan yang baik bagi lelaki & wanita. Pengambilan Baraka Habbatus Sauda secara berterusan dalam kehidupan seharian akan menjamin tahap kesihatan yang optimum. 1 kotak mengandungi 24 kapsul lembut.


2. Adakah Baraka Habbatus Sauda produk Malaysia?
Tidak. Baraka Habbatus Sauda diimport terus dari Mesir & Pharmaniaga adalah pengedar tunggal di Malaysia.


3. Bagaimanakah dengan pembuatan produk ini? Adakah memenuhi piawaian yang ditetapkan?
Ianya memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh GMP (Amalan Pengilangan Baik). GMP ialah garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pengeluar produk bagi menjamin kualiti, ketulenan, keselamatan & keberkesanan produk.


4. Adakah ianya mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia?
Ya. Ianya telah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia & disertakan dengan hologram di setiap kotak.


5. Bagaimanakah cara pengambilan Baraka Habbatus Sauda bagi golongan dewasa?
Pengambilannya adalah 2-3 kapsul sehari dari peringkat umur 12 tahun ke atas (450mg).


6. Bagaimanakah cara pengambilan Baraka Habbatus Sauda bagi golongan kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun?
Kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun, pengambilannya adalah 1-2 kapsul 2 kali sehari (100mg).


7. Adakah terdapat kesan sampingan apabila mengambil produk ini?
Tidak. Produk ini tidak mengandungi sebarang kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan. Ini kerana ia mengandungi minyak Habbatus-Sauda yang tulen & bebas dari sebarang bahan pengawet.


8. Bolehkah Baraka (Habbatus-Sauda) diambil oleh wanita hamil?
Sila dapatkan khidmat nasihat daripada doktor.


9. Bolehkah penghidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi & kencing manis mengambil ubat penyakit kronik & dalam masa yang sama mengambil Baraka (Habbatus-Sauda)?
Boleh. Tetapi mereka perlulah mengambil Baraka (Habbatus-Sauda) sejam selepas mengambil ubat penyakit kronik & mereka juga masih perlu meneruskan rawatan pakar.


10. Apakah kandungan di dalam kapsul Baraka (Habbatus-Sauda)?
Dalam setiap kapsul Baraka terkandung lebih 100 komponen asli Habbatus-Sauda. Antaranya Minyak Saponins, Alkaloids, Asid Amino, Kalsium, Zat Besi, Sodium, Potasium & Serat.







No comments:

Post a Comment