Tuesday 22 September 2015

BIJI HABBATUS SAUDA , BIJI JINTAN HITAM , BLACK SEEDS







Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dallm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi




KHASIAT DAN MANFAAT BIJI HABBATUS SAUDA

* Antiinflamasi, mengubati radang/ bengkak 

* Antiarthritis, mengubati reumatik.

* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).

* mengawal aturan hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.

* Antiseptik, mengubati jangkitan penyakit

* Antivirus, mengubati demam dan flu.

* Dermatologi, mengubati jerawat dan ekzema

* Urinary tract, mengubati jangkitan saluran kencing dan batu ginjal.

* Sistem imunisasi dan kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan penyakit.

* Gastrointestinal tract / saluran pencernaan , mengubati motion sickenss , morning sicknes/ loya / mual  , constipation / sembelit , diarrhea/ cirit birit  dan batu hempedu.

* Sistem cirkulasi / peredaran darah , meningkatkan kesihatan jantung.

* Nematocidal, mengubati cacing pita.

* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma) / radang paru paru . bronchitis , brociolitis

Khasiat Habbatus Sauda

Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

~ monosaccharide glukosa, xylosa dsb.

~ polysaccharide

~ fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

~ amino acid yang membentuk protein

~ karotene iaitu sumber vitamin A

~ kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


Di Timur Tengah, minyak dan bijian habbatus sauda ,ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.


CARA PENGGUNAAN BIJI HABBATUS SAUDA     


1- Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur.
Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.

2- Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu. 
Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.

3- Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isterii
Kebaikan: kesihatan tenaga batin.

4- Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur. 
Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.

5- Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam. 
Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.

6- Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari. 
Kebaikkan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.


DAPATKAN BIJI HABBATUS SAUDA " BLACK SEEDS " 

SEBOTOL pada harga 

>>>  hanya  RM30


untuk sebarang pertanyaan dan tempahan 

call / sms / wassap  017 422 6027 







"PENGEDAR DIPERLUKAN HUBUNGI 0174226027"
 

No comments:

Post a Comment